Sunday, 29 June 2014

Pertama Ramadhan

Assalamualaikum....

Alhamdulillah....kita dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan iaitu ramadhan. Dan semoga tiap amalan dan ibadat kita mendapat pahala di sisi Allah s.w.t

Hari first ramadhan camne arini?semua ok tak?hope so, dan jangan hari ni jea bersemangat dan kuat tetapi biarlah sehingga di penghujung ramadhan, baru syok orang cakap, kan?

Tahun ni merupakan tahun first, pertama ramadhan aku sebagai seorang pekerja. Yeah. Kalau sebelum ni as a student. Dan aku rasa taun first jea aku sempat berpuasa dan berbuka dekat kolej. Tahun-tahun yang berikutnya dekat kampung tak pun dekat umah abang aku. Beza?of course banyak beza.

Bila dah menyewa ni, kenalah pikir menu berbuka puasa dan jugak bersahur. Aku pulak yang jenis memang akan bangun sahur. Memang orang cakap. Ingat time duk kolej boleh la beli jea kan,yelah nak masak memang tak dibenarkan.  Duk umah plak mak yang masak. Tak yah pening. Makan jea. hehe Bila duk sorang?diri kita r yang kena pkir kan.


Skill masak tu boleh la sipi-sipi orang cakap. Terror sangat tak jugak. Aku ngan housemate aku dah sama-sama pakat nak masak. Yelah, boleh jimat kot. Bila dah boleh masak ni, baik masak kan. Tak yah membazir nak beli dekat bazar. Nak beli jugak,boleh tapi tak yah la sampai tiap-tiap hari. Botak kepala hamba weh!

Dan yang paling best surau sebelah umah jea. So tiada alasan untuk tidak berterawih kan?Awak-awak pun sama jugak tau!

p/s:  tadi g bazar. Ya ampun mahal weh!T____T

No comments:

Post a Comment

~sudah baca,sudi komen ckit tau! (:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...