Tuesday, 15 July 2014

Blogwalking

Assalamualaikum...!

Aktiviti yang memang sangat sangat lama aku dah tinggal. *macam lama sangat kan!* kira lama r sebab dari taun lepas, means lepas aku abis belajar, start keja dan sampai ke arini aku dah tak buat aktiviti tersebut. Yeah. Syabbas mere dost! hehe

Blogwalking. Dalam erti kata bahasa melayu blog berjalan. Itu terjemahan dia kalau kau pakai google. Kalu kau pakai oxford dictionary?*ada ke dalam kamus tu eh????* Kalau dalam erti kamus aku, iaitu kita singgah dekat blog orang, and then tinggalkan jejak kita and then suh blogger tersebut singgah dekat blog korang. *Panjang plop penjelasan dia yea!* =P

Actually,banyak manfaatnya bila kita blogwalking ni. Yelah, first dapat mengeratkan silaturrahim sesama blogger. Yang tak kenal, bila dah komen blog diorang boleh jadi kenal. Dan jugak sapa tau boleh jadi best frend ke, closed frend ke, tak pun jadi cinta hati!cheewahhhh! ehem... hehehe..

hanya sekadar gambar hiasan yang dikutip di google!


Yang ke-2, mungkin boleh tambah follower blog kita. Yelah, bila kita buat blog ckit sebanyak nak jugak orang follow blog kita  dan baca blog kita even blog kita tak se-gah mereka yang gah dari kita. *ayat tak menahan!*

Yang seterusnya, boleh bertukar idea dan jugak pandangan ataupun pendapat. Mungkin dari segi fashion ke, trend ke, apa yang jadi skang ke dan sebagainya. Banyak manfaat sebenarnya ok!

Jangan jadi cam aku. Krikkk...krikk..sensorang. Keh..keh..keh...InsyaAllah, bila mood nak berblogwalking dekat blog korang yang cun melecun  tu tiba akan ku singgah jua tau!(=

Panjangnya karangan saya. Agak-agak dapat A++ tak?hehehe

Adios!

p/s:: salam nuzul alquran semua!


Monday, 7 July 2014

orang bekerja

Assalamualaikum....

Dah ciap solat terawih?moreh?malam ni aku ehem ehem so tak leh join pi solat terawih. Duk umah jealah labu oiiii..

Taun ni merupakan taun pertama aku bergelar pekerja. Kalu taun-taun sebelum ni, bergelar pelajar, pastu graduat then tahun ni pegang title pekerja plak. Lepas ni?nak gelaran dato' boleh?hehehe

Bila dah bekerja ni, sikap demand menjadi-jadi plak. Nak-nak plak nak raya skang. Yelah, semua nak. Kalu sebelum ni boleh jea bersederhana, baik dari segi tudung, baju raya,kasut semualah. Tapi bila dah masuk alam keja dan juga dah dapat duit sendiri mula la nak demand kan?

Tudung. Nak yang berhalf moon bagai. Bawal rerasa mungkin list yang terakhir.hehe. Tak pun wide shawl. Semua nak demand. Baju raya. Nak baju kurung sepasang, jubah mungkin dua pasang. Mak oiiii, demand ko jemah!handbag?kasut?semua nak lengkap weh!Astaghfirullahalazim!
belanja selfie deh!


Bila di fikir balik, semua tu reward bila dah jadi orang bekerjaya. Yelah, kalu sebelum ni aku tak mampu nak pakai dua tiga empat pasang baju. Cukup sederhana. Dan tak kisah. Bila dah keja, ada gaji yang alhamdulillah, ada lebih ckit kita beli untuk keperluan dan jugak kehendak kita. Sekurang-kurangnya hasil yang kita dapat tu daripada titik peluh kita sendiri, bukan dari PaMa kita, bukan dari sesapa tapi  hasil dari penat lelah kita. Tapi AWAS!! jangan plak membazir tak tentu hala macam aku tue! hahaha..*sentap mak* dan juga jangan nak beriak sangat tau!*peringatan untuk diri sendiri*

Bulan puasa mengajar kita supaya menahan segala nafsu. Dan rasa nafsu dah bermaharajalela. Adeh. Sedar kan aku Ya Allah! T_____T


p/s: Hari ke-9 puasa,cepatnya masa berlalu! (=

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...