Friday, 5 October 2012

Salam Cinta




Assalamualaikum....!!

Hari tu, aku review  drama korea. Kali ni aku nak review movie melayu plak. Movie yang aku review nih,yang pada aku best la. Yang aku xreview tu maknanya korang paham-paham r sendirik eh..hehehe

So,cam tajuk pat atas,aku nak review movie Salam Cinta. Lakonan Diana Amir dan jugak Kamal Adli. Sememangnya berkonsepkan islamik dan aku suka jalan citer nih. 

                       SALAM CINTA (2012)

Salam Cinta Mengisahkan mengenai AMIRUL, seorang pelakon terkenal di Malaysia yang suka berpoya – poya. Kehidupan Amirul yang penuh dengan glamor telah menyebabkan Amirul bersikap sambil lewa dalam hal – hal agama. SHUIB merupakan pengurus kepada Amirul yang sering mencuba apa sahaja dalam memastikan kerjaya Amirul sentiasa berada di puncak, sehingga sanggup menerima tawaran sebuah produksi yang mahukan Amirul berlakon sebagai seorang ustaz. Amirul yang pada mulanya ralat untuk menerima tawaran tersebut akhirnya terpaksa bersetuju selepas diyakinkan oleh Shuib namun Amirul mendesak mahukan khidmat nasihat seorang ustaz bagi membantunya menyelami watak tersebut dengan berjaya. Ditakdirkan, Amirul berjumpa dengan HAJI RAHMAN, seorang ustaz yang dengan rela hati sedia membantu Amirul dalam usahanya mendalami Islam meskipun demi lakonan semata. NADIA, kekasih hati Amirul yang mana juga merupakan seorang pelakon terkenal mula berasa benggang dengan perubahan Amirul yang secara tiba – tiba. Amirul malah menghilangkan diri dan mula hidup bersama keluarga Haji Rahman. Sepanjang Amirul tinggal bersama dengan Haji Rahman, Amirul terpaut hati pada kelembutan dan keayuan LAILA, anak Haji Rahman. Keikhlasan Amirul mendalami agama Islam menyebabkan Laila terbuka hati untuk menerimanya namun muncul Nadia bagaikan badai ombak yang memusnahkan semuanya. Dapatkan Amirul mengecap bahagia cinta bersama Laila? Adakah misi Amirul mendalami Islam hanya demi lakonan atau hatinya betul – betul telah berubah?

Paling aku terkesan,masa Laila gtau Amirul yang dia dah ada kekasih.

"Dia akan hubungi saya setiap hari "
"Lima kali sehari"
Dia yang paling paham saya dan apa-apa pun Dia kenal saya.."

Dan jugak masa Amirul gaduh2 ngan awek dia pastu dia cakap "saya dah temui Tuhan saya.."

Oh!memang agak menyentuh tangkai hati aku. Mengingatkan kita supaya sentiasa ingat pat Dia kan. Dan bagi aku jugak, filem cmni bagus untuk tontonan semua. Xberat sangat. Dan yang paling penting,Islamic, that i really really love.

Dah tengok citer ni belum?kalu belum, jangan x tengok eh!banyak pengajaran tau.

Salam Jumaat semua...♥♥♥


pssstt:// bagi 4 bintang boleh?



No comments:

Post a Comment

~sudah baca,sudi komen ckit tau! (:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...