Sunday, 22 July 2012

Marhaban ya Ramadhan!!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya,aku,kamu,mereka dan umat islam di seluruh serata dunia masih lagi di beri kesempatan untuk menyambut bulan Ramadhan.

Ramadhan. Bulan keampunan. Keinsafan. Mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda. Aku rasa dah ramai blogger yang duk tulis pasal bulan puasa ni. So,aku pn nak amik port jugak ah,hehe..Yelah,tulis pasal bulan puasa ni banyak dia punya kelebihannya dan aku kira korang semua mesti dah tau. Tapi xpelah,tulis tentang ilmu ni xsalah,peringatan untuk kita semua,kan,kan,kan..n_____n

Antaranya kelebihannya,
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
"Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)

Banyak kelebihan2 bulan puasa ni. Dan kita sebagai umat islam seharusnya bersyukur kerana semua ganjaran tersebut diberikan kepada kita dan rugilah bagi mereka yang tidak berpuasa di bulan yang penuh kemuliaan ini. *jadi ustazah jap* n_____n


Oleh itu,jom kakak2,abang2,adik2,pcik macik dan semua lah jom kita buat pahala di bulan puasa!!sekali setahun kot bulan puasa nih. Ganjaran berlipat ganda plak 2. Xwat,korang yang rugi. Terawih jangan lupa plak tau...!!

adiooss..♥♥♥♥

psstt:// puasa bukan halangan untuk wt keja kan?




No comments:

Post a Comment

~sudah baca,sudi komen ckit tau! (:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...