Sunday, 3 June 2012

Be careful with strangers..!!

Salam korang...

Ok, ni aku nak habaq mai ckit pasal stranger@dalam bahasa ibunda kita orang asing ataupun orang kita xkenal. Alkisah dia cmni, jumaat lepas aku ada kuar nak jumpa akak aku. So,aku kuar sorang. Ktorang biasa jumpa pt Sogo. Disebabkan malas nak tggu n nek ktm,aku biasanya akan nek lrt dekat Sungai Besi. So,dari Serdang kena nek bus rapid nk g sana. Aku tggu bus dekat bus stop pt Serdang. Time 2 xramai sangat orang,bebudak chinese UPM n 2 orang xclap aku budak pompuan. Sambil2 tunggu bus yang xkunjung tiba lagi,aku  pn nk amik phone dari beg Gucci aku. Time 2 aku baru pegang,xwat apa2,means xmen msg,xcall sapa lagi. Just tengok aku punya phone case dan time 2 jugak,ada sorang mamat indon datang n duk tengok aku punya phone. Aku time 2 dah perasan,dalam ati apehal mamat ni tengok aku punya phone nih. Terus aku masukkan phone aku dalam beg n pandang tempat len.

Xsemena-mena, mamat indon 2 duk sbelah aku. Aku dah cuak. Sempat think positive,xde apa2 kot,kan ramai orang time 2. Then, bus rapid yang no bape ntah datang,n bebudak chinese nek. So,tinggal la aku ngan 2 orang budak pompuan dan jugak mamat indon sebelah aku 2. Jap2 pas2 aku dengar orang duk panggil:

'mbak'

'mbak'

2 kali. Aku terus terpikir,mamat indon 2 panggil aku ker. Aku wat bodoh mula2. Kalu ikut pengetahuan aku,mbak 2 maksud dia cik la kan??Dah banyak x dia panggil,aku palingkan muka aku pat dia. Aku tanya:

'Naper?'Sambil aku kerut dahi wat2 xsenang,dalam ati takut der!

'Mau pijamin telefon bisa nggak,saya punya phone baterinya abis. Kawan saya mau saya telefon sama dia,bilang jika saya udah sampai'. Sambil2 dia tunjuk phone Samsung Corby dia yang dia dah buang bateri dan jugak pegang simcard digi, konon2 nak masukkan dalam phone aku, 2 pun kalu aku bagi pinjam lah.

Aku kemudian terus jawab, 'Sori,saya punya phone pun abis bateri jugak'. Sambil aku tengok2 kot-kot bus nak g lrt Sungai Besi ada,tapi hampa!Dalam ati,cepat lah bus,aku nak lari dari mamat indon nh!

Mamat indon 2 terus cakap,' Mbak,saya mau pinjam sebentar aje,tolong mbak."

Terbit rasa kesian,tetapi sesaat. Aku terus jawab,'betul,phone saya pun xde bateri'. Dalam hati aku berdoa,jangan la ko duk berbunyi duhai tepon!

'Mbak,benar nggak,saya mau pinjam sebentar aje'

'Nape awak xpakai public phone jea yang dekat kaunter tiket 2,kan senang'. Aku masih lagi beralasan.

'Nombornya semua di dalam ni,saya nggak ingat',sambil tunjuk dia punya simcard.

Aku jeling seketika. Takut. Berdebar semua ada. Takut apa2 jadi jer. Time 2 banyak kali aku berdoa ,mintak2 djauhkan perkara yang xelok. Xlama kemudian,bus rapid datang,mintak2 bus nak g lrt Sungai Besi, dan Alhamdulillah betul!Tanpa berpaling pada mamat indon 2,aku terus angkat kaki. Xsempat mintak maaf apa2. Kejam pun ada.

Tapi pkir2 balik, tindakan aku betul aku rasa,ye dak?memang la don't judge a book by its cover,tapi tengok tempat lah. Muka mamat indon 2 pun aku tengok semacam jea. Bukan nyer aku xnak tolong,tapi takut gak kot2 pas aku bagi pinjam,xpasal2 dia bawak lari aku punya phone. Xke haru nama nyer 2!xpepasal aku menangis xberlagu,Oh no..!!

kan??

The moral of story. Strangers ni kadang2 ada yang bek dan ada yang jahat. Tapi zaman skang,susah aku nak jumpa yang bek. So,kena hati2. Rambut manusia ni semua sama hitam,tapi hati len-len,kan kan kan?? dan jugak,kuar sorang2 boleh,tapi kalu boleh biar kat tempat yang kita tunggu bus ke,apa ke,biar ramai orang. Selamat ckit kan.

Keylah,panjang plak citer aku kali nih. Cuma nak berkongsi ngan korang jea. Yang baik kita jadikan teladan,yang buruk kita jadika sempadan yea kawan-kawan semua!n________n

Assalamualaikum..!!♥♥♥

pssst:// selalu ingat pesan ustaz aku,kalu boleh nak kuar umah baca ayat kursi dan jugak ayat seribu dinar. InsyaAllah,Allah bersama kita. ^________^



No comments:

Post a Comment

~sudah baca,sudi komen ckit tau! (:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...