Friday, 2 March 2012

hari malas sedunia

salam n selamat pagi semua..n_n
Amacam,dah sarapan?mestilah dah kan,dh kul bape ni..matahari pun slow-slow dah nak nek,tengahari plak menjelma nanti kan,kan,kan,..
So actually, xtau nape arini MALAS bebenor. Pagi tadi beria-ria bangun awal nak tengok citer korea 'wild romance' pat kimchidrama. Biasa time-time pagi,nternet laju semacam jea,yelah bebudak ramai pegi kelas xpun ramai yang xbangun pagi,nak-nak plak cam aku ari jumaat xde kelas. Tapi disebabkan citer ni dah lama tertangguh kerana nternet yang laju cam siput,so rancangan nak menonton tergendala. Ingat pagi tadi boleh la syok gelak sesorang tengok citer 2 dan menjangkakan internet akan berlari laju,tapi ternyata tanggapanku salah dan xbenar sama sekali. Internet slow selownya pada pagi ni. Ku sabarkan diri untuk menunggu dan menunggu,tapi entah mengapa mud incik 'M' datang tetiba. So,aku menekan cursor x pada drama korea 2 dan tidak mahu menontonnya lagi. Padahal citer 2 best sih,tapi disebabkan incik 'M' dah menyapa,ku turutkan jua..hehe..
Disebabkan incik 'M' gak lah,aku hanya menyapu bilik aku ala kadar padahal time-time ari cuti cmni aku menyapu dengan bersemangat sampai licin berkilat cam pat dalam iklan tb 2..Mengemas,lagilah aku malas arini aku hanya memandang sebelah mata jea biarpun rasa bilik dah cam bersemak semacam jea dan aku hanya menunggu incik Rajin datang menyapa aku  untuk aku 'merajinkan' diri. Tengok,betapa besarnya pengaruh incik 'M' pada aku. Korang cmner?mesti lebih kurang cam aku kan??Kalu ya, nanti boleh kita tubuhkan kelab n aku jadi pengerusi eh,hehehe..n_n
Oleh itu, pada dan saat ketika ini,saya mengisytiharkan bahawasanya pada arini ini adalah hari Malas Sedunia untuk aku dan mereka yang seangkatannya,tima kasih. hip!hip!hooreey..!!
arnab ni pn malas gak ni..hehe
Ok lah,xtau nak membebel apa lagi, even malas bebenor,entry tetap aku hupdate untuk tatapan korang yang sentiasa menyokong aku xkira di mana korang berada, korang memang terbaek lah..!!
jumpa lagi,salam jumaat semua..
mmuaahhh...

psst://jangan sesekali meniru perangai saya yang malas ni,hokey..!! ^_^


2 comments:

  1. arnab anda sangat chumel. haha

    salam kenalan..

    asyrulamy.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. itu arnab rembat dari pacik google,hehe
    salam perkenalan gk..n_n

    ReplyDelete

~sudah baca,sudi komen ckit tau! (:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...