Thursday, 23 February 2012

bekwoh itu bigwork..

salam semua..
Dah masuk asar jap tadi,so sapa2 yang xsolat lagi solat dlu eh..utamakan yang lebih utama daripada yang utama..peringatan untuk aku,kamu dan semua orang,insyaallah..tazkirah asar pembuka bicara di awal penulisan..n_n
Sekarang dh musim ramai orang kawen,dari bulan 2 ari 2 lagi sampai ler budak2 cuti sekolah bulan 3 nanti.pt fb aku pun dh banyak invitation dari kawan2 aku xkira zaman sek rendah ,sek menengah , diploma,banyak lagi lah..
perutusan raja sehari
walimatulurus
undangan majlis perkahwinan
itu di antara undangan dari mereka2 yang bergelar raja sehari kan..kalu dalam bahasa ibunda aku, ktorang sebut bekwoh..unique x bahasa ktorang??mesti ar unik kan,hehehe..bekwoh 2 diambil dari bahasa omputih,bigwork,iaitu keja besa. So time kenduri kawin @ bekwoh 2 mesti ar banyak keja dan melibatkan banyak tenaga kan betul x?penat weh time ada kenduri,tapi best pun ada..yelah tengok pengantin datang,layan tetamu,semualah..penat ilang bila semua nya berjalan lancar kan,kan,kan..
o.k lah,aku bukan nak citer pasal asal usul bekwoh or membebel xtentu hala.  Aku nak citer pasal kawan aku,merangkap jiran aku masa aku kecik lagi. Ari2 aku ada la pegi kenduri kawen dia masa cuti sem ari2. Ktorang satu sekolah rendah lagi, pas2 sek men pun sama, even xsatu kelas..tapi hubungan kami baik ar sebab berjiran kan. Then lepas aku dapat sambung study diploma pt uitm sampailah aku pindah umah,sambung upm, sampai la sebelum kenduri kawen dia, ktorang xbertemu muka.  Yelah,masing2 bz, study apa semua. Tup2, masa nak dekat cuti sem, kawan aku 2 call suh datang kenduri dia.  Terkezut pun ada,sebab xsangka dia  dah nak kawen.  Dah sampai seru dia kan.
So, aku g kenduri dia ngan ayah n abang aku.  Rindu wo dah bertaun ktorang xjumpa. Yang paling aku xsangka, husband dia adalah pakwe dia dari zaman sek menengah lagi. Aku pun xpasti bape taun, tapi if i not mistaken, 11 taun kot diorang kapel. Lama seh. alhamdulillah,jodoh mereka panjang dan berakhir dengan perkahwinan.
amik berkat pengantin..=)
suka tengok kawan aku dah kawen, time aku xtau ar bila plak kan.  Doakan sama2 eh supaya aku cepat kawen, hehe gatal..
kepada kawan aku, moga-moga bahtera yang korang bina sentiasa diberkati Ilahi dan moga cinta dan kasih sayang kalian kekal hingga ke syurga,amiin..

psstt://:
'Ya- Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakan lah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintai -Mu..'


No comments:

Post a Comment

~sudah baca,sudi komen ckit tau! (:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...